DHPP istiqamah pertahan kemenangan PAS Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Biarpun teka teki Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih samar, namun setiap organisasi di bawah PAS sudah berada dalam keadaan bersiap sedia.

Malah Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kelantan turut menggerakkan jentera pilihan raya bagi mempertahankan kerusi parlimen Kota Bharu dan tiga Dun iaitu di kawasan tersebut.

- Advertisement -

Setiausaha DHPP Negeri R Hareetaran berkata, pihaknya sudah bersiap sedia menghadapi PRU15 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Katanya jentera DHPP Negeri khususnya DHPP Kota Bharu sentiasa bersedia untuk menerima arahan daripada pimpinan untuk bergerak.

“PAS sentiasa menekankan kestabilan politik dan penyatuan ummah demi negara tercinta yang didiami rakyat pelbagai kaum dan agama,” katanya di sini.

Semalam Yang Dipertua PAS Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan melancarkan pecutan akhir Jentera Pilihan Raya Parlimen Kota Bharu.

Sementara itu Pengarah Pilihan Raya DHPP Kota Bharu Kar Yaw berkata, DHPP sentiasa beristiqamah bekerja sehingga mampu mempertahankan kemenangan sejak 1990. – HARAKAHDAILY 19/8/2022

- Advertisement -