Satukan umat Islam, jaga hak masyarakat majmuk

Agenda perpaduan ummah, penyatuan rakyat

- Advertisement -

KITA bersatu bukan atas sebab politik semata-mata tetapi atas dasar Islam.

Secara jujur, prioriti kita menjalinkan persahabatan kerana atas dasar agama Islam. Tanpa mengira parti politik, PAS konsisten mengalu-alukan sahabat yang lain supaya menyokong perjuangan Perpaduan Ummah.

Agenda yang dibawa PAS begitu besar iaitu menyatukan Umat Islam dan orang-orang Melayu. Di samping, menjaga hak masyarakat majmuk di negara ini. Ini jelas dengan apa yang telah ditegaskan oleh pimpinan di peringkat pusat.

Alhamdulillah, ini boleh dibuktikan di peringkat kawasan Kuala Kedah. Kita semua hidup dalam keadaan aman dan sejahtera dalam ikatan persahabatan yang erat. Tanpa mengira jantina, tua mahupun muda. Tidak kira kaum apa sekalipun.

Untuk perkongsian, sebagaimana yang disimpulkan oleh Allah dalam firman-Nya:

- Advertisement -

﴿إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ١٠﴾

Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Maka damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua-dua saudara kalian itu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kalian mendapat rahmat.” 

(al-Hujurat: 10)

Meskipun, ada suara-suara sumbang yang memperkecilkan usaha ini, bahkan ada yang bersifat skeptikal sehingga mencerca PAS.

Katalah nak apa nak kata, kita langsung tak ambil hati. Sebab apa? Ini kerana kita ikhlas dalam persahabatan.

Niat kita menjalinkan persahabatan ini kerana Allah, untuk menjaga kepentingan Ummah. Tidak langsung terfikir dek akal, malah tidak pernah terlintas di hati PAS untuk mencari habuan dunia misalnya harta, kuasa apatah lagi darjat.

Oleh itu, hendaklah kita menjadikan agenda Perpaduan Ummah ini sebagai wadah perjuangan bukan sahaja atas kapasiti politik malah atas dasar Islam.

Akan tetapi, jika berlaku sebaliknya pada PRU15. PAS sudah pun merapatkan saf perjuangan.

DR USTAZ AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI
Yang Dipertua
PAS Kawasan Kuala Kedah – HARAKAHDAILY 16/8/2022

- Advertisement -