Pertandingan tambah peserta Infaq Istiqamah PAS 2022

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bagi melonjakkan pendaftaran Infaq Istiqamah PAS, satu pertandingan sedang dianjurkan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-68.

Menurut Bendahari PAS Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad, pertandingan itu terbuka kepada semua PAS kawasan.

Katanya, anugerah akan diberikan untuk pendaftaran tertinggi dari 1 hingga 31 Ogos depan berdasarkan kategori.

- Advertisement -

“Penambahan bilangan peserta dan peningkatan jumlah sumbangan wang tunai.

“Pemenang-pemenang anugerah bagi setiap kategori akan menerima sebuah komputer riba (notebook).

“Sementara pemenang-pemenang kedua akan menerima sebuah telefon bimbit,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, PAS kawasan-kawasan tidak perlu mendaftar untuk menyertai pertandingan kerana Jabatan Bendahari PAS Pusat akan menilai prestasi mereka.

Katanya, keputusan pertandingan akan diumumkan pada Muktamar PAS ke-68 di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada 4 September.

Link pendaftaran Infaq Istiqamah PAS adalah di pautan, https://infaqpay.my/go/pas

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Hotline Infaq Istiqamah PAS di talian di 011 500 500 91.

Untuk Jabatan Bendahari PAS Pusat, boleh hubungi Haji Abdul Rahman (012 260 3002) atau Ustaz Rasydan (017 333 3881). – HARAKAHDAILY 9/8/2022

- Advertisement -