Menyelamatkan Generasi Penamat Merokok (GEG) dari kebinasaan

- Advertisement -

SAYA tidak pasti orang lain bagaimana, tetapi saya amat resah apabila dikelilingi oleh asap rokok. 

Data menunjukkan terdapat sekitar 1.2 juta kematian di dunia kerana menghidu asap rokok, bukan kerana mereka sendiri merokok!

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Bil. 3/2015 secara jelas telah mengharamkan rokok dan rokok elektronik berdasarkan kepada dalil al-Quran: 

- Advertisement -

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya binasa.”

(al-Baqarah: 195)

Oleh itu, Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang hangat dibahaskan di Dewan Rakyat pada minggu ini perlu disokong penuh sebagai satu tanggungjawab kita kepada generasi muda masa hadapan. 

RUU ini merupakan satu undang-undang yang bertujuan untuk menyekat individu yang lahir pada tahun 2007 dari memiliki, menghisap dan membeli produk berasaskan tembakau atau peranti merokok. Langkah ini juga dijangka akan mengurangkan aktiviti merokok dalam kalangan generasi muda.

Ingatlah bahawa menghisap rokok atau e-rokok yang dikenali sebagai ‘vape’ bukanlah satu budaya yang sihat. Malah ia juga memberi kesan kesihatan kepada perokok dan orang sekeliling perokok. Ayuh sama-sama kita beri sokongan kepada RUU ini. Merokok hanya mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) –HARAKAHDAILY 2/8/2022

- Advertisement -