Kabel dasar laut tingkatkan kesalinghubungan

- Advertisement -

MENGALU-alukan kedatangan Naib Presiden merangkap Pengarah Perkhidmatan Rangkaian NTT Ltd, Yoshio Sato, yang kini sedang dalam lawatan kerja ke Malaysia. Tahun lepas kami bersama dalam satu mesyuarat secara dalam talian. Hari ini saya gembira dapat bertemu secara fizikal dan makan tengahari bersama beliau.

Sedia maklum, pada Oktober 2021 lalu kami telah mengadakan mesyuarat secara dalam talian dan menggunakan penjelasan beliau ketika saya dan Lim Guan Eng berdebat di TV3 pada November tahun sama. NTT Ltd merupakan peneraju konsortium yang membawa masuk dua kabel dasar laut utama iaitu Apricot dan MIST, yang menghubungkan kedua-dua pantai Semenanjung Malaysia.

Walaupun MOT dikritik susulan keputusan mengembalikan dasar kabotaj pada November 2020 bagi kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut, namun Sato telah meyakinkan bahawa kabel Apricot dan MIST telah dirancang untuk saling melengkapi sedari awal lagi untuk meningkatkan kesalinghubungan bagi Malaysia dan wilayah sekitar.

Hari ini, Sato telah memaklumkan kepada saya mengenai pusat data keenam NTT yang sedang dibina di Cyberjaya. Ia akan menampung perniagaannya yang semakin berkembang di rantau ini.

Begitu juga dengan Kabel Ekspres Intra-Asia NTT yang menghubungkan Jepun, Filipina, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang sedang berkembang dengan amat baik sekali.

Kami amat mengalu-alukan perkembangan ini dan saya pasti syarikatnya akan memberi manfaat kepada rangkaian kabel global serta industri berkaitan di Malaysia. Saya juga akan memastikan bahawa MOT sentiasa terbuka dalam menerima kemasukan pelabur di kalangan pemilik kabel dasar laut termasuk NTT dan meningkatkan ketersambungan rangkaian global kita.

Bersama kami dalam pertemuan ini, Pengurus Kanan NTT, Miho Kanzaki; Pengurus, Kenji Tada dan Jurutera Kabel, Hiroyuki Koga.

Welcomed Mr Yoshio Sato, the VP and director of network services for NTT Ltd who is on a short work visit to Malaysia. I’m glad we were both able to find some time to meet up over a sushi lunch to catch up since our previous meeting last year. 

As well publicised from our meeting last October 2021 over video-conference and further explained in my debate on TV3 in November last year, Mr Sato’s company is the consortium leader that brought in two major Internet cables, the Apricot and MIST, connecting both coasts of Peninsular Malaysia.

Despite criticisms of MOT’s decision in November 2020 to reinstate the cabotage policy for foreign cable repair vessels, Mr Sato was able to reassure us that the Apricot and MIST undersea cables were planned to complement each other from the very beginning to boost connectivity for Malaysia and the region. 

Today, Mr Sato gave me an update on NTT’s sixth data centre which is currently being built in Cyberjaya, to accommodate its expanding business in the region.

It’s also very encouraging to note that the planning of NTT’s Intra-Asia Express Cable connecting Japan, the Philippines, Sarawak, and Peninsula Malaysia is progressing well.

We very much welcome this development and I am sure his company will add much value to global cable connectivity and to related industries in Malaysia. I assured that MOT will continue to facilitate cable owners including NTT to invest in Malaysia and enhance our global connectivity.

Joining us were NTT’s Senior Manager Miho Kanzaki, Manager Kenji Tada, and Associate Cable Engineer Hiroyuki Koga.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia – HARAKAHDAILY 1/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -