Teknologi padi hibrid, inbred tingkat SSL beras negara

- Advertisement -

DULI Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin AlMarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan mencemar duli bagi menghadiri Majlis Penyerahan Stesen Penyelidikan Hibrid MARDI Perlis-YTSS.

Stesen Penyelidikan Padi Hibrid MARDI Perlis merupakan stesen yang terlibat dalam pembangunan teknologi pengeluaran padi hibrid dan inbred untuk peningkatan tahap sara diri beras negara. 

Majlis penyerahan hari ini sudah tentu memberi pengertian yang amat bermakna kepada semua terutamanya kepada para petani dan pekebun Negeri Perlis. 

Bersempena dengan majlis hari ini juga, Tuanku Raja Perlis turut diperkenalkan dengan 3 varieti tanaman baharu iaitu Jagung Bijirin yang dinamakan dengan Nurlin, Varieti Jagung Manis iaitu SR1 dan Varieti Padi Baharu yang dinamakan dengan nama Farah. 

Pengenalan 3 varieti baharu ini merupakan hasil kajian adaptasi percubaan penentusahan setempat oleh Green World Genetics Sdn Bhd (GWG) yang menunjukkan keputusan yang memberansangkan. 

Majlis turut dihadiri oleh:

Raja Muda Perlis, 
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; 

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Azlan Man,
Menteri Besar Negeri Perlis; 

Yang Amat Mulia Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,
Tengku Syarif Laksamana Perlis; 

Yang Berhormat Dato’ Haji Hamdan bin Bahari, 
Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis;

Yang Berhormat Datuk Seri Hj Hasnol Zamzam bin Hj Ahmad,
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis; 

Yang Berbahagia Dato’ Haslina binti Adbdul Hamid,
Ketua Setiausaha Kementeri Pertanian dan Industri Makanan; 

Yang Berhormat Tuan Nurulhisham bin Yaakob, 
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Perlis;

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, 
Ketua Pengarah MARDI.

Dato’ Seri Dr Ronald Kiandee
Menteri Pertanian dan Industri Makanan – HARAKAHDAILY 26/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -