Kes Covid-19 di Kelantan berlaku penurunan ketara

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Sebanyak 7,078 kes penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) di Kelantan direkodkan sepanjang Januari sehingga Julai 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, terdapat peningkatan kes sebanyak 27 kali ganda berbanding dengan tempoh yang sama pada 2021.

Namun begitu, kes HFMD di Kelantan pada tahun 2022 dalam tren menurun di mana kes yang dilaporkan pada minggu epid 28 menurun sebanyak 58.5 peratus berbanding minggu epid 27.

- Advertisement -

“Dari segi kejadian wabak, sebanyak 25 wabak HFMD dilaporkan sehingga minggu epid 28 pada tahun ini berbanding hanya satu wabak sahaja bagi tempoh yang sama pada 2021.

“Tiada wabak baru dilaporkan pada minggu epid 28 tahun 2022. Wabak HFMD terakhir yang dilaporkan tahun ini adalah pada minggu epid 24,” katanya menjawab soalan Mohd Rusli Abdullah (PAS-Wakaf Bharu) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.

Dalam perkembangan sama Dr Izani berkata, tiada kes kematian melibatkan kes HFMD dilaporkan sehingga sekarang, manakala tiada vaksin bagi penyakit berkenaan.

Oleh itu katanya masyarakat terutamanya yang mempunyai anak-anak kecil supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan keadaan serta kesihatan anak-anak.

Mengenai status terkini kes Covid-19 di negeri itu katanya, kes sah Covid-19 dilaporkan sebanyak 78,727 kes setakat Jun 2022.

Katanya secara keseluruhan tren bilangan kes Covid-19 di Kelantan menunjukkkan penurunan yang ketara dan bermula 16 April hingga 22 Jun 2022, jumlah kes yang dilaporkan adalah kurang dari 50 kes sehari. – HARAKAHDAILY 19/7/2022

- Advertisement -