Pejabat Peguam Negara tolak semua tawaran penyelesaian oleh Jho Low

Tan Sri Idrus Harun
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun mengesahkan bahawa ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low telah membuat percubaan untuk mencari penyelesaian dengan kerajaan berhubung pertuduhan ke atasnya.

Bagaimanapun Idrus berkata semua tawaran itu ditolak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

- Advertisement -

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata semua percubaan itu dibuat tahun ini menerusi wakil Jho Low.

“Dalam percubaan itu wakil-wakil Jho Low berjumpa dengan pelbagai agensi Kerajaan Malaysia, termasuk Pejabat Peguam Negara.

“Semua tawaran bagi penyelesaian berkenaan daripada wakil Jho Low ditolak oleh AGC,” katanya yang merujuk kepada laporan berita berhubung perkara itu.

Kelmarin, media The Edge yang memetik sumber melaporkan Jho Low menawarkan RM1.5 billion kepada kerajaan bagi menyelesaikan pertuduhan terhadapnya. – BERNAMA

- Advertisement -