Media ‘lebuh raya’ maklumat – Nasrudin

- Advertisement -

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

PUTRAJAYA:
Media disifatkan sebagai ‘lebuh raya’ maklumat, sebagai sebuah medium yang menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Menurut Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM), Ustaz Nasrudin Hassan, media sebagai satu wadah dalam memberi gambaran kepada masyarakat.

Namun beliau mengingatkan kepada semua media agar semua maklumat yang disampaikan itu boleh memberi kesan samada negatif mahupun positif.

- Advertisement -

Paling dibimbangi kata beliau, andai landasan maklumat itu boleh membawa kepada kerosakan.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Penghargaan dan Ramah Mesra YADIM bersama rakan media di Pulse Grande Hotel dekat sini, pagi ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arif serta pengamal media pelbagai agensi.

Sehubungan itu, beliau mengajak kepada semua media agar menjadikan kerja media ini sebagai satu jalan bersama kepada kebaikan.

“Media sebagai sebuah keluarga dalam YADIM itu sendiri. Kami amat memerlukan media menyampaikan bukan sahaja berita tetapi bersama menganjur bekerjasama dengan YADIM dalam program dakwah,” katanya lagi.

Dengan slogan baharu ‘Sederap Melangkah’ beliau mengajak seluruh warga media bersama-bersama YADIM membantu dalam kerja menyampaikan dakwah.

“Kami melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengamal media yang ‘support’ kami,” katanya lagi.

“Hubungan YADIM dengan media amat ‘kamceng’ dan naratif yang kami sampaikan alhamdulillah dapat diikuti dengan baik,” ujarnya.

Sehubungan itu, majlis ramah mesra dan penghargaan itu diadakan bagi menghargai rakan media yang banyak membantu YADIM selama ini. – HARAKAHDAILY 15/7/2022

- Advertisement -