RM1.2 juta bantuan segera mangsa banjir di Baling

- Advertisement -

SELEPAS melihat sendiri kawasan-kawasan yang dilanda banjir, saya bersama Skuad Musaadah menziarahi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Jerai, Baling dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau An-Nur, Taman Mesra, Kupang sekitar jam 3:30 petang semalam. 

Masih ramai lagi penduduk di sini yang tidak boleh pulang ke rumah masing-masing.

Dalam usaha kita membantu, saya mewakili Skuad Musaadah telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai seribu ringgit kepada setiap ketua isi rumah dan beberapa keperluan seharian yang keseluruhannya diperuntukkan bernilai RM1,158,550.00. 

Antaranya keperluan set kit solat, toto, pampers dewasa, makanan (ready to eat), susu bayi dan susu dewasa, serta keperluan lain buat mangsa yang dipindahkan ke PPS ini.

Turut bersama saya Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee dan Pengerusi Yayasan Taqwa MAIWP, Dato’ Haji Razali bin Shahabudin.

Saya ucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada Skuad Musaadah dan agensi-agensi agama kerana tangkas dan cepat menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di sini.

Terima kasih juga kepada pasukan Pejabat Menteri Agama yang turut sama menyelaraskan misi bantuan banjir ini. 

Insya-Allah, Skuad Musaadah akan sentiasa membantu dan menjaga kebajikan rakyat Malaysia.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 7/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -