KPWKM amat prihatin pembangunan kumpulan sasar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat prihatin dan cakna pembangunan kumpulan sasar yang melibatkan wanita, keluarga dan masyarakat.

Timbalan Menterinya, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, pelbagai inisiatif di bawah KPWKM dalam menyediakan peluang dan platform bagi mengembangkan kemahiran khususnya dalam bidang perniagaan kepada kumpulan sasar turut berjaya dilaksanakan.

- Advertisement -

Beliau berkata, antaranya ialah Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM di mana program itu telah berjaya membantu wanita bangkit dengan mendekatkan mereka kepada peluang pekerjaan dan keusahawanan.

Menurutnya, penerangan lanjut berkaitan inisiatif dan program di bawah kementerian dalam menyantuni kumpulan sasar itu turut disampaikan kepada rombongan Persatuan Perniagaan Melayu Rantau Panjang dan Persatuan Usahawan Rantau Panjang yang mengadakan kunjungan hormat di pejabat beliau, semalam.

Katanya, turut bersama beliau ialah wakil-wakil setiap agensi di bawah KPWKM iaitu Timbalan Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohd Hanapi Mohammad Hanipah; Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rusdi Ishak; Pegawai Perhubungan Awam Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Mohd Isa Jasin; Penolong Pengarah Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan, JPW, Ain Syahada Harun serta Pegawai Penerangan, Bahagian Perancangan Strategik, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Mohd Khairi Nasir.

“Besar harapan saya agar kunjungan hormat ini dapat membuka ruang kepada pihak rombongan dan agensi-agensi di bawah kementerian untuk menjalinkan kerjasama dalam melaksanakan program berbentuk advokasi dan psikososial dalam membantu lebih ramai lagi masyarakat untuk terlibat dalam aktiviti penjanaan pendapatan agar mereka mampu berdikari dan meningkatkan taraf ekonomi/pendapatan isi rumah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menerusi catatan di Facebook beliau, hari ini. – HARAKAHDAILY 7/7/2022

- Advertisement -