Ustaz Fauzi: Menjala, tidak dapat ikan pun badan rasa segar

- Advertisement -

MENJALA adalah antara hobi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF di waktu lapang. Beliau tidak boleh memukat di laut kerana mabuk. Justeru, beliau lebih suka menjala di kawasan pantai. Baginya, apabila pergi menjala, kalau tidak dapat ikan sekalipun rasa sedap dan segar badan. Beliau turut berkongsi tips menjala. Wartawan Harakahdaily, SYAHIRAH SALLEH berkesempatan menemubual santai beliau, baru-baru ini.

- Advertisement -

Harakahdaily: Ustaz, boleh kongsikan hobi di waktu lapang?

Saya Insya Allah, jika ada waktu lapang, saya suka pergi menjala di laut.

Apa yang syok mengenai menjala?

Yang syoknya, menjala ini tidak payah tunggu. Apabila pergi menjala, kalau kita tidak dapat ikan sekalipun, kita rasa sedap dan segar badan kita.

Apa momen terindah Ustaz semasa menjala?

Saya dapat ikan besar walaupun jala saya pecah kena batu karang, saya dapat ikan siakap besar dalam tiga kilogram lebih. Besar, memang syok walaupun jala saya koyak. – HARAKAHDAILY 20/6/2022

Temubual penuh disiarkan dalam akhbar Harakah akan datang.

- Advertisement -