USM kaji produk atasi masalah tulang belakang

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Syarikat pengeluar produk aroma terapi Narinar Group Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi membuat kajian klinikal terhadap produk syarikat itu khususnya berkaitan masalah tulang belakang.

Pemangku Pengarah Kampus Kesihatan USM Prof Dr Shaharum Shamsuddin berkata, kerjasama serta kajian itu bertujuan bagi membuktikan keberkesanan bahan yang diguna dalam produk terbabit.

Katanya ia bukan sahaja dapat dipasarkan, sebaliknya mampu menyelesaikan masalah kesihatan.

- Advertisement -

“Syarikat terbabit menghasilkan pati minyak dan tumbuhan. Sekarang mereka melangkah kepada satu tahap lagi bagi melihat sejauh mana pati yang ada dalam produk boleh selesaikan masalah kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai menandatangani memorandum ‘Research Grant Agreement’ di antara USM dan Narinar Group Sdn Bhd di semalam.

Menurutnya juga kerjasama dua hala itu mencakupi pembangunan dalam bidang akedemik dan penyelidikan secara terperinci sehingga boleh diterbit bersama dalam jurnal antarabangsa tersohor.

Selain itu kerjasama juga untuk berkongsi kepakaran dalam kemajuan bidang teknologi perubatan bagi membuka lebih banyak peluang usahasama serta perkongsian kepakaran dalam bidang yang diceburi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Narinar Group Mohd Nawawi Ibrahim berkata, kerjasama tersebut selama dua tahun bermula Jun 2022 secara signifikanya dapat memberi rawatan kepada pesakit yang mengalami masalah tulang belakang.

“Kerjasama ini membuktikan syarikat Narinar yang ditubuhkan pada 2017 terus komited membantu pengguna, di mana ia bukan sahaja halal tetapi berkesan untuk digunakan,” katanya.

Kata beliau juga sehingga sekarang syarikat Narinar mempunyai lebih 200,000 pengguna di seluruh negara yang menggunakan produk Narinar Group Sdn Bhd. – HARAKAHDAILY 15/6/2022

- Advertisement -