Kisah Imam al-Bukhari menghadapi fitnah

- Advertisement -

IMAM al-Bukhari Rahimahullah di akhir hayatnya dipulaukan oleh masyarakat akibat daripada difitnah. Namun dengan kuasa Allah S.W.T, jasa dan sumbangan beliau tetap dikenang dan disebut-sebut sehingga ke hari ini. Ketika diuji dengan fitnah, beliau menyebut:

- Advertisement -

لا أبالي إذا سلم ديني

Aku tidak peduli (apa yang dikatakan kepadaku) asalkan agamaku selamat.” 

[Siyar A‘lam al-Nubala, 12/463]

Selepas kematian beliau, orang ramai menyebut jasa dan kebaikan yang beliau lakukan. Terdapat daripada kalangan mereka yang sebelum ini mencela dan menzalimi beliau, bertaubat dan menyesal terhadap kritikan mereka terhadap beliau. 

Allah S.W.T angkat nama beliau setelah kematiannya, sehingga sampai hari ini nama Imam al-Bukhari sering kita sebut dan doakan. Sedangkan para pencela beliau Allah tenggelamkan nama mereka sehingga tidak ada seorang pun yang mengenal mereka.

Demikianlah sikap para ulamak apabila berhadapan dengan ujian. Agama adalah lebih utama daripada apa yang ada di dunia ini. Kata-kata dan cacian manusia sedikit pun tidak mempengaruhi pendirian mereka kerana agama Allah itu lebih utama untuk dimartabatkan. Kita berusaha dengan sebaik-baiknya dalam mencontohi mereka beristiqamah di atas jalan kebenaran dan ilmu.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 25/5/2022

- Advertisement -