Takziah kepada ahli keluarga lima mahasiswa USAS

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia PAS merakamkan takziah kepada ahli keluarga lima orang mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar yang telah terlibat dalam kemalangan maut melibatkan lori dan kereta di KM245.2 Lebuhraya PLUS arah utara dari Terowong Menora menghala Kuala Kangsar pada 12 Mei 2022, jam 2.00 pagi.

Kejadian difahamkan berlaku di antara dua buah lori dan sebuah kereta Honda City yang dinaiki oleh para mahasiswa berkenaan.

- Advertisement -

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, punca kemalangan sedang dalam siasatan polis.

Semoga seluruh ahli keluarga mangsa diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujian ini.

Didoakan semoga roh Muhamad Nabil Haikal Muhamad Fariz, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, Iqbal Hasnun Halimi, Muhammad Nasrun Munir Akbar dan Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman dan beramal soleh.

“ISLAM MENYATUKAN UMMAH”

YB SENATOR Ir. Ts. HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bertarikh: 13 Mei 2022 | 12 Syawal 1443 – HARAKAHDAILY 13/5/2022

- Advertisement -