AKSB berusaha minimum gangguan bekalan air

- Advertisement -

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berusaha meminimumkan gangguan bekalan air berikutan kepulangan ramai perantau sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Antara usaha dilakukan meningkatkan pengeluaran air di Loji Rawatan Air (LRA) Tanjung Mas dengan melakukan kerja-kerja pembakian terhadap empat telaga sebagai sumber air.

Unit Komunikasi Korporat AKSB menjelaskan sebelum ini terdapat dua telaga yang mengalami penurunan pengeluaran air di LRA Tanjung Mas.

- Advertisement -

“Bagaimanapun telaga terbabit dijangka dapat beroperasi minggu ini di mana dua telaga yang dibaiki telah beroperasi dan berlaku peningkatan pengeluaran air di LRA terbabit,” katanya pada kenyataan di sini.

AKSB juga menjelaskan Jabatan Bomba dan Penyelamat menggunakan pili Bomba berhampiran Pasar Berek 12 ketika memadam kebakaran sembilan rumah penduduk baru-baru ini.

Menurutnya Bomba mempunyai jentera dan sumber termasuk air yang mencukupi untuk memadam kebakaran tersebut.

Bagaimanapun sumber air dari LRA Tanjung Mas yang digunakan Bomba ketika memadam kebakaran tersebut turut mengalami permintaan bekalan ketara berikutan kepulangan ramai perantau.

Pada kejadian pada Khamis lepas sembilan rumah penduduk di Berek 12 musnah pada kebakaran tersebut.

Sementara itu AKSB turut berharap orang ramai melaporkan segera sekiranya terdapat paip pecah dengan Whatsapp ke nombor 019 575 5777 atau hotline 15777 bagi mengelakkan gangguan bekalan air kepada pengguna. – HARAKAHDAILY 1/5/2022

- Advertisement -