Media bantu MADA salur maklumat kepada petani

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Harakah antara media yang menerima sumbangan Aidilfitri sempena program moreh bersama media anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) semalam.

Sumbangan berupa barangan dan ‘duit raya’ itu disampaikan oleh Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

- Advertisement -

Pada majlis tersebut beliau mengucapkan penghargaan kepada perugas media yang memberi kerjasama membuat liputan berkenaan aktiviti MADA di Kedah.

Malah kata beliau pihaknya berpuas hati kerana tiada maklumat salah atau tidak benar berkenaan MADA di siarkan media tempatan.

“Media juga menjadi saluran maklumat bukan sahaja kepada orang ramai sebaliknya kepada petani untuk mendapatkan info terkini berkenaan penanaman padi atau sebagainya,” ujar beliau pada majlis yang diadakan di dewan Konkos, Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar.

Petugas media yang hadir termasuk TV3, RTM, Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo, Harian Metro, New Street Times, Sinar Harian, Warta Kedah dan Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA).

Sementara dalam program berasingan pada wartawan Harakah Kedah Sarina Ismail menerima penghargaan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Frontliners, anjuran Sekretariat Adun-Adun PAS di WNS Resident, Alor Setar. – HARAKAHDAILY 29/4/2022

- Advertisement -