Kelantan perkenal program Infak Kerusi Roda Elektrik

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN | Foto RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperkenalkan program Infak Kerusi Roda Elektrik sebanyak 14 buah yang melibatkan kos keseluruhan RM24,500.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, program itu merupakan kesinambungan Projek Wakaf Katil yang dimulakan sejak tahun 2017.

- Advertisement -

“Program ini menyasarkan penerima dalam kalangan OKU produktif yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM), bekerja dan sebagai pencari nafkah keluarga.

“Mereka juga berumur antara 18 sehingga 50 tahun dan pertama kali menerima kerusi elektrik tersebut,” katanya pada sambutan Hari OKU Muqarabbun Peringkat Negeri di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan semalam.

Pada program tersebut yang dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, OKU cemerlang dalam pelbagai bidang diberi anugerah sebagai menghargai jasa mereka.

Seramai 14 OKU menerima Anugerah Tokoh OKU peringkat Parlimen, manakala Anugerah Tokoh Muqarrabun dianugerahkan kepada Muhammad Khairul Amilin Hassan.

Mumtaz juga berkata, kerusi roda elektrik diberi bagi memudahkan pergerakan dan urusan OKU yang bekerja.

“Dengan adanya pekerjaan OKU digalakkan untuk mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya. – HARAKAHDAILY 21/4/2022

- Advertisement -