Kesungguhan laksana ‘amar makruf nahi munkar’ dilimpahi berkat

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan kesungguhan kerajaan negeri melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi munkar dilimpahi keberkatan sehingga menjadi tarikan pelabur.

Beliau berkata, Kedah berjaya mencapai lebih enam kali ganda nilai pelaburan tahun lalu berbanding unjuran RM10 bilion setahun.

Katanya peluang ketika diberi mandat menerajui kerajaan digunakan sebaik mungkin untuk menunaikan hak Allah.

- Advertisement -

Antaranya kata beliau memberhentikan lesen premis perjudian di negeri itu.

“Walaupun keputusan itu mendapat pelbagai kecaman termasuk serangan peribadi, namun itu adalah kewajipannya setelah diberi peluang menerajui kerajaan negeri.

“Apabila kita menunaikan hak Allah, Allah akan menolong kita dengan pencapaian di luar jangkaan,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama pegawai kerajaan, penghulu dan pengamal media, di Dewan Seri Mentaloon, kelmarin.

Tahun lepas Kedah berjaya meraih nilai pelaburan sehingga RM68.3 bilion sehingga mendapat pujian Sultan Kedah.

Sanusi berkata, sehebat mana manusia dan usaha yang dilakukan tidak akan menjadi kenyataan tanpa izin dan reda Allah SWT.

Menurutnya juga kejayaan itu kerana kegigihan pegawai kerajaan negeri, persekutuan, agensi dan anak-anak syarikat kerajaan (GLC).

“Ambillah barakah di bulan mulia ini dengan berdoa, mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita semua, di samping jangan lupa pesan orang tua-tua, sekiranya mahu Allah tolong kita, perlulah menunaikan hakNya,” katanya.

Tahun lepas kerajaan Kedah mengumumkan tidak lagi memberi kelulusan permohonan baharu lesen perjudian serta tidak memperbaharui lesen sedia ada seteah tamat tempoh.

Usaha tersebut bagi mewujudkan persekitaran lebih baik untuk rakyat dan mencapai sasaran Kedah bebas judi. – HARAKAHDAILY 15/4/2022

- Advertisement -