Kes tular pencemaran makanan (kuih limas) disiasat

- Advertisement -

KEJADIAN tular berkaitan makanan yang tercemar di Bazar Ramadan di laman sosial (Facebook) yang dikongsi oleh pengadu berlaku pada 12 April 2022 jam 9:39 malam.

- Advertisement -

Hasil semakan terhadap perkongsian aduan tersebut, didapati lokasi kejadian adalah di Bazar Ramadan Teluk Intan.

Berdasarkan risikan yang dijalankan, pengadu telah dikesan dan diminta untuk tampil ke Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak untuk membuat aduan secara rasmi.

Bapa pengadu, individu yang membeli makanan yang tercemar tersebut telah hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak untuk membuat aduan secara rasmi.

Status aduan tular di media sosial tersebut masih lagi di peringkat siasatan.

Makanan (kuih limas) yang diadukan tersebut masih disimpan oleh pengadu dan telah diserahkan kepada pihak pegawai penyiasat Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut.

Kes ini akan disiasat menggunakan Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan Akta Makanan 1983 (Akta 281) Di antara tindakan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1. Siasatan di tempat kejadian (Bazar Ramadan Teluk Intan).

2. Siasatan di tempat di mana makanan disediakan.

3. Operasi Khas ‘Kuih Limas’.

Pelanggan disaran untuk membuat aduan sekiranya terdapat peniaga yang melanggar dan tidak mematuhi etika penyediaan dan penjualan makanan yang selamat melalui;

a. melalui  laman web sispaa KKM.

b. melalui walk in ke pejabat kesihatan daerah terdekat @ BKKM JKN Perak.

c. melalui email [email protected]

MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Perak – HARAKAHDAILY 14/4/2022 

- Advertisement -