Membina keluarga Ramadan

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH semalam Kak Nuri telah menyampaikan tazkirah ringkas ‘Membina Keluarga Ramadhan’ di Surau Al-Ihsan,Seksyen 2 Wangsa Maju.

- Advertisement -

Amalan terbaik untuk membina keluarga Ramadan:

1. Solat fardhu berjemaah.

Solat atau sembahyang itu tiang agama. Ia adalah fardhu ain (wajib) bagi setiap umat Islam yang akil baligh. Pada kebiasaannya, jika kita hanya solat seorang diri, apa kata kali ini kita berjemaah bersama keluarga.

Solat berjemaah adalah fardhu kifayah namun mendapat 27 kali ganda ganjaran pahala berbanding solat bersendirian. Ini jelas dari satu Hadis daripada Abu Hurairah bahawa Nabi S.A.W bersabda, maksudnya 

“Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.”

(Riwayat Muslim (1509))

2. Tadarus al-Quran.

Amalan terbaik di bulan Ramadan seterusnya adalah membaca al-Quran. Ianya sunat yang sangat dituntut dalam agama. Al-Quran sebagai kitab suci diturunkan Allah pada bulan Ramadan.

3. Banyakkan bersedekah.

Sedekah adalah satu perbuatan yang sangat mulia dan dituntut dalam Islam dan Rasulullah S.A.W (bacalah selawat kepada Baginda):

“Orang-orang yang menginfakkan hartanya di waktu malam dan siang secara sembunyi dan terang-terangan maka mereka mendapat pahala dari Tuhannya. Maka tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak ada berduka cita bagi mereka.” 

(Al-Baqarah: 274)

Justeru itu, Kak Nuri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi dan jawatankuasa Surau Al-Ihsan yang sudi menjemput Kak Nuri, semoga ilmu yang disampaikan dapat memberikan manfaat kepada kita semua.

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Muslimat
Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 7/4/2022

- Advertisement -