Yadim lancar kempen ‘Jom ke Masjid’

Foto daripada Facebook Nasrudin Hassan.
- Advertisement -

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini melancarkan kempen ‘Jom ke Masjid’ bagi mengajak umat Islam kembali mengimarahkan masjid dan surau.

Yang Dipertuanya Nasrudin Hassan berkata kempen itu merupakan sebahagian daripada program Ihya’ Ramadan Sebulan Yadim (Irysad) yang dilancarkan baru-baru ini susulan negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik mulai 1 April.

- Advertisement -

“Kempen ini tepat dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan. Kita akan dapat lihat umat Islam dapat hadir ke masjid dan surau untuk mengimarahkan tempat ibadat itu,” katanya kepada media selepas melancarkan kempen itu di sini.

Beliau berkata Yadim mendapat sokongan kira-kira 100 pemandu teksi sekitar Putrajaya yang turut menyertai kempen berkenaan, dan beliau seterusnya mempelawa badan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan untuk menyampaikan mesej mengajak umat Islam kembali mengimarahkan masjid. – BERNAMA

- Advertisement -