RM1 juta bantu mangsa banjir Negeri Sembilan

- Advertisement -

HENDAK kembali hidup seperti sedia kala selepas banjir bukannya mudah. Apatah lagi selepas banyak barang yang rosak dan kenderaan yang perlu dibaiki. 

Masjid, surau dan sekolah-sekolah memerlukan pembaikpulihan untuk kembali beroperasi dan ini memerlukan dana yang cukup besar. 

- Advertisement -

Atas dasar kebersamaan kita membantu meringankan beban mangsa banjir di Negeri Sembilan, tadi saya bersama MAIWP telah menyalurkan Bantuan Al-Gharimin bernilai RM1 juta kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi membantu mangsa banjir di negeri tersebut. 

Kemampuan untuk menyediakan bantuan yang besar berjaya dilaksanakan hasil daripada komitmen para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan para pembayar zakat MAIWP kerana dengan zakat anda, MAIWP dapat melaksanakan amanah membantu mereka yang memerlukan. Inilah tugas kita sebagai agensi agama.

Turut hadir dalam majlis penyerahan ini Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP Dato’ Dr. Abdul Azizi Sheikh Ab Kadir, Pengerusi MAINS dan Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Semoga bantuan merentasi sempadan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir yang terjejas akibat banjir di Negeri Sembilan. Siiru‘ala barakatillah.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 25/3/2022

- Advertisement -