Bantuan persekolahan ringankan beban ibu bapa

- Advertisement -

TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh telah menyantuni para pelajar dalam kalangan keluarga asnaf dan B40 menerusi program ‘Back to School’ DUN Kuala Semantan pada minggu lalu.

- Advertisement -

Program sumbangan peralatan persekolahan yang bertujuan meringankan beban golongan tersebut memasuki sesi baharu persekolahan itu diadakan di Maahad Tahfiz Al-Amin, Berhala Gantang, di sini.

Hadir menyempurnakan serahan bantuan ini adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Temerloh, Hasanuddin Salim dengan diiringi Ketua Pemuda PAS Temerloh, Ustaz Muhammad Shukri Shuib.

Hasanuddin dalam ucapannya berterusan menyeru masyarakat untuk sentiasa membudayakan semangat saling membantu antara satu sama lain terutama melibatkan saudara seislam yang memerlukan.

“Sekiranya terdapat kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat setempat, sudah semestinya masalah yang dihadapi sesama kita dapat diatasi segera,” ujar beliau.

Seramai 100 pelajar telah dipilih menerima sumbangan tersebut yang terdahulu turut diadakan di beberapa lokasi lain dalam Parlimen Temerloh. – HARAKAHDAILY 27/3/2022

- Advertisement -