Gerak kerja lebih lancar menjelang hari mengundi

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

KLUANG: Menjelang hari mengundi Sabtu ini, gerak kerja jentera Perikatan Nasional di DUN Paloh lebih lancar dan tersusun dengan bantuan daripada para petugas dari luar Johor.

- Advertisement -

Egen Pilihan Raya DUN Paloh, Abd Aziz Jaafar berkata, bantuan daripada rakan-rakan dari Terengganu yang ditugaskan di DUN Berkenaan banyak membantu termasuk menyelesaikan petugas ejen tempat undi dan kira undi (PACA).

“Sekarang ini nak menyelesaikan PACA semua, nasib baik kawasan-kawasan dari Terengganu yang turut membantu.

“Alhamdulillah kita dapat lebih kurang 150 PACA petugas daripada Terengganu, saya sendiri daripada Kulai pun tambah 20 dan juga sedikit mungkin empat ke lima orang daripada Paloh ini. Situasi itu,” katanya kepada Harakahdaily.

Mengenai aktiviti calon, katanya, pasukan daripada Dewan Himpunan Pendukung PAS Perak dan Kedah membantu program ziarah di kawasan estet.

“Dia (calon) bergerak ke estet sebab macam DHPP India yang membantu kita dari Perak, Kedah, mereka bergerak ke estet-estet dan dari Setiu bergerak ke kampung-kampung Melayu, mungkin satu atau dua kampung Melayu,” ujarnya.

Tambahnya, pasukan Alternative Riding Club (ARC) juga turut terlibat dengan program jelajah bersama calon dan petugas-petugas lain di DUN Paloh.

Tapi esok kita akan mulakan dari Paloh yang mana akan bergerak bersama calon, nanti ARC ada dan petugas-petugas dekat sini.

“Kita nak bagi sumbangan dan juga kita nak pergi ke rumah-rumah tertentu yang mana mungkin kita nak bagi sumbangan, bersihkan rumah. Ada satu OKU yang berada di kampung Melayu arah Yong Peng, yang katil rosak, rumah bocor dan sebagainya.

“Mereka buat satu konvoi dan akan pergi ke rumah tersebut untuk bantu tukar katil dan baiki atap yang bocor, itulah tujuan untuk menyantuni mereka. Kita betul-betul ingin membantulah.

“Kampung Melayu, contohnya Batu Gajah yang masyarakat melayu di sana daif, jadi akan pergi ke sana jugalah. Berkumpul akan bergerak dari satu Pusat Daerah Mengundi (PDM) ke PDM yang lain,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, perjalanan jentera Perikatan Nasional di DUN Paloh semakin bertambah baik menjelang hari mengundi.

“Kita ada masuk kerjasama dengan Bersatu, sekarang ini kita ada beberapa PDM yang dapat membantu kitalah, untuk bergerak bersama-sama,” ujarnya lagi.

Calon Perikatan Nasional di DUN Palong pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022 ialah Ketua DHPP negeri, Selvendran Velu yang berhadapan dengan Sheikh Umar Bagharib Ali (PH-DAP), Lee Ting Han (BN-MCA) dan Aminuddin Johari (Pejuang). – HARAKAHDAILY 11/3/2022

- Advertisement -