“Insya Allah, kita boleh dapat DUN Tenggaroh’

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAN SALLEH

MERSING: Perikatan Nasional mempunyai peluang yang lebih baik untuk memenangi kerusi DUN Tenggaroh pada Pilihan Raya Negeri (Johor) kali ini.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya DUN Tenggaroh, Md Arif Abdul Kadir berkata, daripada tinjauan rumah ke rumah dan calling centre, peluang Perikatan Nasional menguasai DUN itu lebih 50 peratus.

“Alhamdulillah, setakat ini dengan gerak kerja yang dibuat, daripada tinjauan rumah ke rumah dan calling centre kita, setakat ini dengan peluang kita, insya-Allah, 50 peratus lebih.

“Insya Allah kita yakin boleh dapat DUN Tenggaroh ini, dengan anjakan kerja dua hari ini agak lebih agresif dengan bantuan jentera luar dari pelbagai pihak dan sebagainya.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, peningkatan itu luar biasa kali ini,” ujarnya ketika ditemui di Bilik Gerakan DUN Tenggaroh di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, berdasarkan daripada kunjungan rumah ke rumah kali ini boleh dikatakn hamper semua dikunjungi oleh para petugas.

“Berdasarkan daripada kunjungan rumah ke rumah kali ini mereka boleh dikatakan all out, hampir semua rumah kita pergi dan respons alhamdulillah berbeza dengan PRU sebelum ini.

“Sebab kita memang sering bertanding di DUN Tenggaroh ini dan daripada sambutan khasnya pengundi-pengundi muda,” ujarnya.

Tambahnya, para pengundi muda dapat merasai waktu Perikatan Nasional memerintah khasnya apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi Perdana Menteri, banyak bantuan diberikan kepada mereka.

“Mereka dapat rasai bantuan yang diberikan dan fokus kita kepada DUN Tenggaroh, di sana banyak Felda, FELDA Tenggaroh sendiri dan Felda Nitar.

“Jadi di situ kita mainkan isu kenaikan harga sawit, dan juga dengan pinjaman yang dihapuskan oleh kerajaan (Perikatan Nasional) sebelum ini, itu merupakan advantage kepada kita untuk kali ini.

“Jika sebelum ini kita masuk bahagian Felda ini, kita sering dengar penduduk kata ‘kita kenang jasa kerajaan’.

“Tapi kali ini, jasa kerajaan (Perikatan Nasional) yang besar, menghapuskan, hampir satu keluarga, lebih RM100,000 hutang mereka dihapuskan. Dengan peningkatan harga sawit yang tidak pernah sampai sebegini hari ini, dekat RM2,000 lebih satu tan,” ujarnya lagi.

Ini, katanya membuktikan kesungguhan kerajaan Perikatan Nasional memerintah sebelum ini.

“Memang boleh memajukan baik kepada Felda termasuk janji Perikatan Nasional kali ini, untuk kita membantu generasi kedua dari segi rumah generasi kedua, peluang kerjaya.

Jadi berdasarkan daripada culaan yang kita buat, alhamdulillah, kita insya Allah yakin boleh dapat kali ini,” ujarnya lagi.

Cikgu Lan bersama-sama anak muda.

Tambahnya lagi, suasana hari ini memang dilihat berlaku perubahan ketara dalam kalangan peneroka Felda khasnya pengundi yang pertama kali mengundi dan golongan pengundi muda yang belum pernah mengundi sebelum ini.

Pada PRN Johor kali ini, calon Periakatan Nasional ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Roslan Nikmat yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Lan. – HARAKAHDAILY 11/3/2022

- Advertisement -