‘Ada dan berfungsi’ jadi pegangan Cikgu Lan

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

JOHOR BAHRU:
Roslan Nikmat berpegang kepada motto ‘ada dan berfungsi’ terhadap perkara yang diamanahkan kepadanya.

Menurutnya, beliau mempunyai pegangan demikian dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.

“Saya punyai pegangan apa sahaja perkara yang diamanahkan kepada saya, saya pegang pada motto saya ‘ada dan berfungsi’,” ujarnya yang mesra dengan panggilan Cikgu Lan dalam sedutan video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

- Advertisement -

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada apa yang diperkatakan oleh moderator bahawa sesetengah kerajaan kakitangan berehat selepas bersara.

Bagi moderator ini berbeza dengan Cikgu Lan yang telah meletakkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat walaupun sudah bersara.

Mengenai gerak kerja kempen, Cikgu Lan yang bertanding sebagai calon Perikatan Nasional di DUN Tenggaroh berkata, para petugasakan memastikan beliau dapat menemui pengundi seramai mungkin.

“Selepas penamaan calon, jentera yang terdiri daripada petugas daripada Perikatan Nasional yang digabungkan untuk memastikan saya sebagai calon dapat menemui seberapa ramai pengundi di DUN Tenggaroh ini.

“Dan bagi saya tidak merasa kekok walaupun ada pengurus calon,” ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.

Bagi Cikgu Lan yang mula berkempen selepas subuh sehingga pukul 12.00 tengah malam, ia adalah satu cabaran.

“Kalau saya tidak boleh mengorbankan sedikit keselesaan saya untuk menunjukkan saya serius untuk membantu rakyat yang berada dalam DUN ini, kalau saya tak berani menyahut cabaran turun padang, pagi, petang, malam saya tidak mampu menjadi wakil rakyat yang berkesan untuk membela rakyat di kawasan Tenggaroh ini,” tegasnya lagi.

Cikgu Lan bersama pemuda Felda Nitar 1 dalam program tukar minyak hitam motosikal.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) kali ini, Cikgu Lan berdepan dengan tiga calon lagi iaitu Mohd Firdaus Abd Rahman (Pejuang), Zulinah A. Johari (PKR) dan Raven Kumar Krishnasamy (BN).

DUN Tenggaroh mempunyai 38,408 pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac sebagai hari mengundi PRN Johor sementara pengundian awal pada 8 Mac. – HARAKAHDAILY 3/3/2022

- Advertisement -