Jentera Perikatan Nasional perlu sabar, berlapang dada

Mohd Ruslami Mohd Salleh
- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

JOHOR BAHRU:
Seluruh jentera parti Perikatan Nasional digesa mempertingkatkan sabar dan lebih berlapang dada sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan PAS negeri, Mohd Ruslami Mohd Salleh, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semasa memberikan kata taujihatnya kepada pimpinan PAS Johor di Pejabat PAS Johor, di sini, hari ini.

- Advertisement -

Katanya, mereka diingatkan sedemikian kerana khuatir jika perkara kecil menyebabkan jentera dan gerak kerja pilihan raya menjadi tidak lancar.

“Jadi ni perlu fokus semua peringkat. Jentera bergerak atas nama Perikatan Nasional, arahan dari atas terus kepada DUN (Dewan Undangan Negeri), gerak kerja termasuk dalam organisasi, semua libat parti komponen yang ada.

“Cuma (dari aspek) gerak kerja, ini kali pertama (jentera bercampur). Kali ini bercampur, Bersatu Gerakan, PAS,” katanya.

Antara yang hadir dalam Majlis Taujihat bersama Takiyuddin yang juga Timbalan Pengarah PRN Johor adalah Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS negeri serta Yang Dipertua dan Setiausaha PAS Kawasan-kawasan.

Mohd Ruslami berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily, selepas selesai sidang media PAS Johor berhubung isu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir, Najib Lep, di sini, hari ini. – HARAKAHDAILY 27/2/2022

- Advertisement -