Pemuda Perlis wujud AQSA lahir pemimpin pelapis

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Bagi melahirkan pelapis kepimpinan Islam di negara ini Dewan Pemuda PAS Perlis mengambil inisiatif mewujudkan Akademi Sa’id Hawwa (AQSA).

AQSA beroperasi di bawah Sektor Sumber Manusia dan Latihan Dewan Pemuda PAS Perlis.

Pengetua AQSA, Haziq Asyraf Dun berkata, kertas kerja bagi melahirkan akademi tersebut mengambil masa hampir enam tahun diperhalusi sebelum dipersetujui.

- Advertisement -

Katanya, pelbagai cabaran dan tambah baik dilakukan sehingga akhirnya AQSA berjaya dilahirkan.

“Akademi ini mengambil keberkatan daripada nama tokoh ulama haraki Syeikh Sa’id Hawwa yang alim dan faqih dengan suasana dakwah dan politik semasa,” katanya di sini.

Akademi terbabit dirasmikan Setiausaha PAS Perlis Baharudin Ahmad, di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Furqan, di sini semalam.

Menurutnya juga kegagalan kesinambungan perjuangan sesuatu gerakan disebabkan generasi sebelum ini tidak berupaya melahirkan pemimpin pelapis bagi meneruskan cabaran dakwah.

Kata beliau juga gerakan dakwah di zaman sekarang begitu mencabar di mana ia memerlukan pembaharuan bagi perhatian anak-anak muda.

“Oleh itu kepimpinan pemuda perlu mempunyai ilmu yang luas supaya dihormati masyarakat, biarpun dengan imej berkain pelikat dan serban, namun tetap dihormati orang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/2/2022

- Advertisement -