Ramasamy jangan campur urusan hal ehwal Islam

- Advertisement -

GEORGE TOWN: Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang mengecam tindakan provokasi anti Islam Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P.Ramasamy yang mempertikai status agama tiga anak Loh Siew Hong yang memeluk Islam.

- Advertisement -

Ketua Penerangan, Abdul Razib Abdul Rahim, berkata PAS Pulau Pinang teguh mempertahankan pengislaman tiga kanak-kanak itu dengan pengetahuan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs), dan bukannya membabitkan penculikan dan paksaan seperti yang didakwa P Ramasamy.

“P Ramasamy sewajarnya memahami kuasa agama tertakluk dalam bidang kuasa negeri-negeri serta tidak perlu campur tangan dalam urusan hal ehwal agama Islam di negeri tersebut.

“Justeru, PAS Pulau Pinang menyeru dan mengajak semua pihak terus bersoladiriti serta muafakat dalam mempertahankan akidah umat Islam di negara ini daripada diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan cuba mencetuskan isu-isu sensitif dan ketidak harmonian antara kaum dan agama dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Abdul Razib Abdul Rahim

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan habeas corpus oleh Loh Siew Hong bagi mendapatkan semula hak penjagaan tiga anaknya.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Loh selepas mendengar hujahan daripada peguamnya dan peguam yang hadir mewakili Nazirah Nanthakumari Abdullah. – HARAKAHDAILY 22/2/2021

- Advertisement -