Muslimat Perlis anjur ‘walkhunt’ dekati pengundi

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH

KANGAR:
Dewan Muslimat PAS Perlis mengadakan program ‘walkhunt’ di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Parlimen Kangar Sabtu lepas bagi mengumpul data pengundi baru.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Muslimat negeri, Siti Fatimah Arifin berkata program itu berkonsep pertandingan yang memerlukan setiap kumpulan mengadakan ziarah ke rumah pengundi.

- Advertisement -

Katanya kumpulan yang paling banyak menziarahi pengundi dan pulang awal ke tempat berkumpul akan dikira sebagai pemenang.

“Kita menganjurkan tiga siri walkhunt di kawasan parlimen Kangar. Pada program tersebut kami menziarahi 269 rumah di samping mengumpul seramai 830 pengundi baru,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, program tersebut tidak akan berhenti kali ini sahaja, malah akan diteruskan di peringkat Dun.

Menurutnya juga program serupa akan diadakan di Arau pada 19, 20 dan 27 Mac depan membabitkan Dun Simpang Empat, Sanglang dan Guar Sanji.

Turut hadir pada program terbabit Pengarah Jabatan Pilihan raya Negeri Perlis, Dr Abu Harith dan Ahli-ahli Jawatan Kuasa PAS Kangar. – HARAKAHDAILY 21/2/2022

- Advertisement -