RM10.67 juta bina rumah dhuafat di Kelantan tahun ini

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN | Foto RIZAL TAHIR

TUMPAT:
Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM10.67 juta tahun ini untuk program pembinaan rumah dhuafat di seluruh Kelantan.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, jumlah itu berlaku pertambahan sebanyak RM4 juta daripada jumlah sebelum ini iaitu RM5.6 juta.

- Advertisement -

Katanya pertambahan peruntukan itu dengan mengambil kira kenaikan kos bahan-bahan binaan sekarang.

“Sekarang harga setiap rumah dhuafat bernilai RM55,000 berbanding RM45,000 sebelum ini. Biarpun kos meningkat program rumah dhuafat tetap dibina untuk keselesaan penduduk miskin.

“Syarat pembinaan tidak berubah, iaitu mesti mempunyai tiga bilik, ada dapur, bilik air dan ruang tamu,” katanya selepas majlis Apresiasi Dhuafat Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Pekan baru-baru ini.

Turut hadir isteri menteri besar Datin Siti Zabedah Abdul Hamid, penghulu dan pemimpin masyarakat.

Ahmad juga berkata, rumah dhuafat yang dibina sepanjang tahun lepas telah diserahkan kepada pemilik masing-masing. – HARAKAHDAILY 15/2/2022

- Advertisement -