Suami, ayah sebagai pemimpin solat

- Advertisement -

SUAMI, atau ayah, adalah ketua keluarga. Merekalah yang diharapkan untuk membimbing ahli keluarganya menuju syurga abadi. Tapi bayangkan bila suami atau ayah ini sendiri, culas dalam menunaikan solat? Masya-Allah!

Sedar atau tidak, perkara-perkara beginilah yang akan mencetus masalah rumah tangga. Ketua keluarga yang diharapkan, bukan sahaja tidak membawa kebaikan kepada isteri dan anak-anak malah memudaratkan mereka. 

- Advertisement -

Seorang suami itu, adalah pentadbir kepada keluarganya, penasihat kepada isterinya dan contoh teladan kepada anak-anaknya. Sebab itulah Allah S.W.T memberikan suruhan kepada ketua keluarga, agar menyuruh ahli keluarganya menunaikan solat. Suruhan ini boleh dilihat pada firman Allah S.W.T:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

[Taha: 132]

Jom para suami dan ayah, sama-sama kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai Muslim, dan kita nasihati keluarga kita agar menunaikan solat dan tidak mengabaikan anak-anak jauh daripada perintah Allah S.W.T.

Semoga Allah tempatkan kita bersama seluruh keluarga kita di dalam syurga dan menjauhkan kita daripada neraka, khususnya Neraka Saqar yang ahlinya terdiri daripada mereka yang meninggalkan solat.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 8/2/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100050311487174/posts/498958661791179/

- Advertisement -