Jabatan Amal jadi ikon anak muda

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Jabatan Amal Malaysia (JAM) perlu mempertahankan akhlak yang luhur memandangkan badan itu menjadi ikon anak muda dan masyarakat sekarang.

Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, JAM dikenali ramai kerana membawa mesej Islam dalam setiap kerja amal yang dilakukan.

- Advertisement -

Katanya, anggota JAM majoritinya disertai anak-anak muda menjadi harapan negeri dan negara pada masa depan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada anggota JAM yang sentiasa berada ditengah-tengah masyarakat berkhidmat secara sukarela,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Penyampaian Watikah Pelantikan dan Pemakaian Kehormat Ahli Lembaga Pengarah dan Penghargaan JAM Kelantan semalam.

Seramai 50 anggota JAM diraikan pada majlis itu. Manakala pemakaian kehormat terdiri daripada Harian ALP, ALP, Penghargaan Mantan ALP dan Otai.

Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata, JAM Kelantan diharap terus cemerlang dalam melaksanakan tugas menjaga kebajikan pelbagai lapisan masyarakat.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri Wan Roslan Wan Hamat, Ketua Pemuda PAS Malaysia Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohd Kamal Mohamad. – HARAKAHDAILY 8/2/2022

- Advertisement -