Kuantan Fighter lahirkan atlet pesilat kontinjen SUKMA Pahang

- Advertisement -

BARU-baru ini mereka berjaya merangkul pingat dalam pelbagai kategori di satu pertandingan silat olahraga terbuka di Temerloh.

Seramai 13 pesilat mereka memenangi pingat emas, perak dan gangsa dalam pertandingan tersebut yang mengumpulkan lebih 500 peserta daripada seluruh negara. 

- Advertisement -

Kuantan Fighter merupakan pasukan silat di bawah Persatuan Silat Daerah Kuantan (Pesaka Kuantan). 

Lima pesilat mereka terpilih mewakili Pahang bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadualkan pada tahun ini. Saya hadir ke program ramah mesra bersama pasukan ini anjuran Pesaka Kuantan pagi semalam. 

Ia bertujuan untuk meraikan kejayaan anak-anak yang telah mengharumkan nama Kuantan Fighter dan Pesaka Kuantan selain memperkenalkan pasukan ini kepada saya. 

Saya sanjung tinggi daya usaha dan kesungguhan barisan pengurusan dan jurulatih pasukan ini dalam membimbing anak-anak ini. 

Bukan sahaja dalam bidang silat malah juga untuk kejayaan akademik serta pembentukan disiplin dan jati diri. 

Pujian juga kepada para ibu bapa yang turut memainkan peranan memberikan segenap sokongan dan galakan.

Walaupun dengan kemudahan serta sumber yang sederhana, mereka mampu memastikan pasukan ini berdiri sama tinggi dengan pasukan-pasukan silat yang lain. 

Terima kasih kepada Tuan Taib Yahya, Pengerusi Pesaka Kuantan dan Saudara Rosli Jusoh, Pengurus Kuantan Fighter di atas jemputan ke program yang diadakan. 

Insya-Allah saya sedia memberikan kerjasama setakat kapasiti yang ada untuk memenuhi keperluan anak-anak ini bersama pasukan mereka. Syabas dan tahniah serta selamat maju jaya buat semua.

YB ANDANSURA RABU
ADUN Beserah – HARAKAHDAILY 7/2/2022

Sumber Asal: https://m.facebook.com/252332760232731/posts/339174198215253

- Advertisement -