Persatuan isteri wakil rakyat Kelantan-Kedah tingkat kerjasama

- Advertisement -

OLeh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Hubungan strategik yang terjalin antara persatuan isteri wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan di Kelantan dan Kedah dapat melancarkan jentera pentadbiran kerajaan.

Pengerusi Pertubuhan Isteri Wakil-wakil Rakyat Kedah (PIKAT), Toh Puan Seri Jusmalailani Jusoh berkata, hubungan yang sedia terjalin sebelum ini semakin bertambah erat.

Menurut beliau, isteri wakil rakyat dapat memainkan peranan membantu suami terutamanya berkaitan urusan rakyat dan kebajikan mereka.

- Advertisement -

“Di Kedah pertubuhan itu dikenali sebagai PIKAT dan di Kelantan pula PURNAMA.
Meski pun nama pertubuhan berbeza, namun matlamatnya tetap sama membantu kerajaan dan parti.

“Selain itu kita dapat berkongsi ilmu, pengalaman serta bertukar idea seterusnya dapat meneroka banyak peluang kerjasama pada masa akan datang.

“Malah hubungan antara kedua-dua belah pihak dapat memperkasakan lagi gerakan untuk membantu kerajaan negeri dan parti khasnya dalam aspek kebajikan rakyat yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu kenyataan selepas menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (PURNAMA), Datin Siti Zabidah Abdul Hamid baru-baru ini.

Pertemuan yang diadakan di Seri Mentaloon di Alor Setar, turut dihadiri 24 ahli Purnama. Ia merupakan sebagai kunjungan balas ke atas PIKAT pada 2019.

Jusmalailani turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Kelantan dan PURNAMA yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan ketika negeri jelapang padi itu berhadapan musibah.

Pada Ogos tahun lalu katanya, lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai dan taman perumahan di sekitar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat akibat hujan lebat. – HARAKAHDAILY 28/1/2022

- Advertisement -