Diangkat ilmu dengan kematian ulamak

SEMENJAK dua ini, banyak menerima berita kematian ulamak dan para pendakwah. Allah S.W.T mengangkat ilmu dengan kematian ulamak.

Apabila ramai ulamak telah pergi meninggalkan kita dan ilmu semakin pupus, maka tiada lagi orang yang akan membimbing kita dan menasihati kita apabila kita tersilap.

Advertisement

Sayyidina Ali R.A pernah berkata:

إِذَا مَاتَ العَالِمُ ثُلِّمَ فِي اَلإِسْلَامِ ثُلْمَةٌ لَا يَسُدُّهَا شَيْءٌ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ

“Apabila matinya seorang alim nescaya dipatahkan mercu tanda Islam yang tidak mungkin dapat ditampungnya oleh sesuatu hingga hari kiamat.”

[Rujuk: Fawaid Majmu’ah, 287]

Kematian ulamak adalah musibah besar kepada manusia kerana kita mampu menggantikan jawatan tetapi tidak akan mampu menggantikan ilmu yang ada pada ulamak tersebut.

Semoga para ulamak diberkati Allah dan ilmu mereka terlebih dahulu dapat diambil dari mulut mereka oleh generasi selepasnya supaya kesinambungan ilmu dapat diteruskan.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 20/1/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100050311487174/posts/486958846324494/