Memuliakan wanita tanda keimanan

TERDAPAT banyak Hadis yang menunjukkan betapa Rasulullah S.A.W memuliakan wanita. Amalan merendahkan martabat wanita ini merupakan amalan Jahiliah.

Sejarah menunjukkan bagaimana masyarakat Jahiliah ini merendahkan harga diri seorang wanita sehingga anak perempuan ditanam hidup-hidup. Rasulullah S.A.W datang mengubah fahaman tersebut dengan mengangkat dan meletakkan wanita di kedudukan yang tinggi dan mulia.

Advertisement

Sabda Rasulullah S.A.W: 

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ

Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu adalah mereka yang berbuat baik kepada kaum wanita mereka.”

(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

Rasulullah S.A.W mengaitkan kesempurnaan iman dengan berlaku baik kepada wanita, jelas menunjukkan wanita ini seharusnya dimuliakan dan disayangi. Berbuat baik kepada mereka juga bermaksud tidak merendahkan martabat mereka dengan panggilan yang tidak sepatutnya. Semoga Allah merahmati kita semua.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 13/1/2022