Hilang amanah tanda akhir zaman

- Advertisement -

NABI S.A.W digelar al-Amin kerana sifat amanah yang ada pada Baginda S.A.W, dan setiap sifat Nabi S.A.W adalah sesuatu yang patut kita teladani.

Sebagai seorang Muslim, kita diterap dengan sifat amanah dalam setiap tugasan dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita walaupun sekecil-kecil perkara. Nabi S.A.W mengingatkan kita mengenai apa yang akan berlaku sekiranya hilang amanah dalam diri setiap insan: 

- Advertisement -

“Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata: Ketika Nabi S.A.W berada dalam suatu majlis membicarakan suatu kaum, tiba-tiba datanglah seorang Arab Badwi lalu bertanya: “Bila datangnya hari kiamat?” Namun Nabi S.A.W tetap melanjutkan pembicaraannya. Sementara itu sebahagian Sahabat ada yang berkata: “Baginda mendengar perkataannya akan tetapi Baginda tidak menyukai apa yang dikatakannya itu,” dan ada pula sebahagian yang mengatakan: “Bahkan Baginda tidak mendengar perkataannya.” Hingga akhirnya Nabi S.A.W menyelesaikan pembicaraannya, seraya berkata: “Mana orang yang bertanya mengenai hari kiamat tadi?” Orang itu berkata: “Saya wahai Rasulullah!”. Maka Nabi S.A.W bersabda: “Apabila sudah hilang amanah, maka tunggulah terjadinya kiamat”. Orang itu bertanya: “Bagaimana hilangnya amanah itu?” Nabi S.A.W menjawab: “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka akan tunggulah terjadinya kiamat.””

 (Riwayat al-Bukhari (57))

Marilah kita berusaha menjadi manusia yang amanah dalam melaksanakan setiap pekerjaan yang diberikan kepada kita.

Jauhilah sifat-sifat munafik iaitu apabila dia bercakap dia berdusta, apabila dia berjanji dia memungkiri, dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhianati.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 12/1/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100050311487174/posts/481942190159493/

- Advertisement -