Program santai Pemuda PAS Selayang dekati anak muda

- Advertisement -

SELAYANG: Unit Kerja Jemaah (UKJ) Pemuda PAS Selayang khususnya Dun Taman Templer mengadakan perlawanan boling persahabatan dalam kalangan para pemuda, di sini malam tadi.

Ketua UKJ Dun Taman Templer, Muhammad Fathonah Fadzil berkata, perlawanan itu melibatkan seramai 27 pemuda PAS Dun Taman Templer dan dari kawasan berdekatan.

- Advertisement -

Beliau berkata, program yang berlangsung secara santai malama tadi turut disertai Setiausaha PAS kawasan, Ustaz Mohd Firdaus Madzlan dan Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan, Ustaz Mohd Fakhrul Ariff Madzlan.

Menurutnya, selain Pemuda PAS Dun Taman Templer, Pemuda PAS Dun Kuang juga mengadakan hari UKJ dengan permainan badminton.

Katanya lagi, Pemuda PAS Dun Rawang pula memasang bendera gergasi sebagai aktiviti hari UKJ mereka, semalam.

Tambahnya, hari Isnin minggu kedua adalah hari UKJ yang mana dikumpulkan semua pemuda PAS mengikut Dun dalam kawasan Selayang.

“Aktiviti yang diadakan antara lain bertujuan untuk mengeratkan ukhwah dalam kalangan pemuda PAS Selayang.

“Ini kerana ukhuwah merupakan tunjang utama di dalam Jemaah selain untuk mengumpul jentera sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Hari UKJ juga, ujarnya mempunyai matlamat menarik kalangan bukan ahli PAS untuk turut serta dalam program anjuran parti melalui pendekatan yang santai. – HARAKAHDAILY 11/1/2022

- Advertisement -