PAS komited bantu golongan asnaf

- Advertisement -

Oleh SITI NADIAH ABDUL MUTALIB

TAWAU:
Seramai 25 orang anak-anak daripada golongan asnaf dari Taman Ria dan Tanjung Batu telah menerima sumbangan bantuan awal persekolahan dalam program back to school anjuran PAS Kawasan Tawau di sini, kelmarin.

- Advertisement -

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat, Dr. Azman Ibrahim yang turut disertai Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau dan Kalabakan, Mohamad Hussain dan Ahmad Dullah.

Program saban tahun itu menunjukkan bahawa PAS komited dalam menjaga kebajikan rakyat dalam semua aspek termasuk pendidikan.

Turut menjayakan program ialah Briged Muslimat kawasan, Jabatan Amal, Nisa’ dan Ameerah.

Dr Azman yang berucap pada majlis itu berkata, pendidikan merupakan batu asas bagi pembangunan setiap negara.

Oleh itu, katanya pendidikan hendaklah disampaikan kepada semua lapisan masyarakat.

Di samping itu, beliau turut menyampaikan sumbangan RM10,000 daripada Persatuan Warga Cakna Terengganu kepada PASTI Kawasan Tawau. – HARAKAHDAILY 9/1/2022

- Advertisement -