Menjadikan diri rapat dengan al-Quran

- Advertisement -

ORANG yang rapat dengan al-Quran ini sangat mulia. Al-Quran akan menjadi pemberi syafaat kepadanya pada hari kiamat sebagaimana Nabi S.A.W bersabda;

- Advertisement -

اقرأوا القران فانه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه.

“Bacalah kamu akan al-Quran kerana dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Saya amat bersyukur dapat meraikan dan mengiktiraf anak-anak pelajar yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran bersama dalam Majlis Khatam Al-Quran Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP) semalam. 

Pemikiran anak-anak ini cekap dan tajam. Insya-Allah ganjaran yang besar buat mereka di dunia dan akhirat.  Cuma, mestilah berdisiplin untuk mengulang secara berterusan bagi mengekalkan hafalan dan sentiasalah hidup dalam biah yang solehah.

Saya ingin berterima kasih atas usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak pengurusan (YAKEP) atas usaha berterusan membangunkan Ma’had Tahfiz Wat-Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Pusat Tahfiz Al-Itqan dan Ma’had Tahfiz Orang Kurang Upaya. 

Lebih membanggakan YAKEP berjaya melahirkan tahfiz dalam kalangan OKU. Hati mereka jernih walaupun mempunyai kekurangan daripada sudut penglihatan. Menjadi pengajaran buat kita yang celik ini untuk menjadikan al-Quran sebagai budaya hidup.

Saya amat mengharapkan pihak Yayasan terus melipat gandakan usaha memperkasa kualiti pengajaran dan pembelajaran selain aspek kebajikan para pelajar, guru dan asatizah.

Doa saya, agar kerajaan dan masyarakat keseluruhannya terus menyokong usaha-usaha pembangunan tahfiz dalam negara kita dan insya-Allah kerajaan melalui JAKIM akan terus memastikan usaha menaik taraf institusi tahfiz dilakukan dari semasa ke semasa.

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 7/1/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/225083869659930/posts/289055829929400

- Advertisement -