Rombakan Kabinet sekadar desas-desus

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

RANTAU PANJANG:
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan khabar angin rombakan Kabinet yang diperkatakan sekarang hanya sekadar desas-desus.

Katanya, perkara tersebut disahkan oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sesi penerangan antara kepimpinan tertinggi parti itu baru-baru ini.

- Advertisement -

“Tidak adil untuk saya komen mengenai perkara itu, kita serahkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan pucuk pimpinan tertinggi parti lain untuk membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Kampung Serongga, di sini semalam.

Baru-baru ini perdana menteri menjelaskan tiada rombakan kabinet setakat ini, memandangkan tumpuan kerajaan sekarang kepada isu bencana banjir dan pandemik Covid-19.

Malah Ismail Sabri menyifatkan isu rombakan Kabinet hanya spekulasi semata-mata dan ia tidak sepatutnya timbul.

Sebuah akhbar sebelum ini memainkan isu tersebut dengan memetik sumber pemimpin tertentu. – HARAKAHDAILY 6/1/2022

- Advertisement -