Banjir: ARC bantu servis hampir 400 motor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kelab permotoran, Alternative Riding Club (ARC) bantu servis hampir 400 buah motosikal dari tiga buah negeri yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

- Advertisement -

Operasi membantu mangsa banjir melalui perkhidmatan servis motosikal itu dipimpin Presidennya, Azha Mat Salleh di Hulu Langat, (Selangor), Lanchang (Pahang), dan Jelebu (Negeri Sembilan).

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Muhammad Faizzuddin Mohd Zai, operasi dilakukan bermula jam 8.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Katanya, di Selangor ARC berjaya membaiki sebanyak 300 buah motosikal, manakala di Negeri Sembilan, berjaya membaiki 50 buah motosikal terjejas banjir.

Sementara itu di Lanchang, ARC turut melancarkan operasi membaiki motosikal dengan penyertaan sukarelawan ARC Pulau Pinang.

“Antara aktiviti yang terlibat ialah menghidupkan enjin motosikal, tukar minyak hitam enjin, dan tukar plug motosikal serta servis-servis yang lain.

“Selain itu, sukarelawan ARC juga turut terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan rumah-rumah mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mewakilk ARC, beliau berharap lebih ramai anak muda turut terlibat dalam akitiviti yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.

Katanya, ARC bersedia menerima lebih ramai anak muda untuk menyertai mereka dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara sambil berhibur melalui kelab permotoran.

Untuk rekod, ARC merupakan kelab permotoran di bawah DACS yang merupakan jabatan di bawah DPPM. – HARAKAHDAILY 3/1/2021

- Advertisement -