Letih tapi berbaloi

- Advertisement -

BARANGKALI hujan telah berhenti. Begitu juga banjir yang melanda negeri Kelantan dan sebahagian Pantai Barat Semenanjung. Isu banjir bertukar dari cemas kepada penat kelelahan menghadapi pasca banjir.

Seperti biasa, proses pembersihan selut lumpur dan barangan yang masih boleh digunakan adalah cabaran besar kepada mangsa banjir. Melihat sahaja sudah meletihkan, apa lagi setelah operasi dimulakan.

- Advertisement -

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan juga tidak berkecuali merasai dan menghulurkan bantuan dalam operasi pembersihan dan agihan bantuan kepada kawasan-kawasan terlibat.

Setelah turun di Kuala dua hari yang lalu dan semalam menghantar rombongan ke Pahang. Hari ini misi pembersihan digerakkan di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang dengan 20 orang wakil AJK DPPNK, Lajnah Kebajikan dan Jabatan Amal.

Sepertinya, pasca banjir memeritkan. Melihat kemusnahan harta benda. Namun sebagai orang Islam, pastinya kita tidak boleh merintih kegusaran kerana setiap yang berlaku akan ada hikmahnya. Sabar adalah senjata yang beroleh pahala.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Mengagumkan! Ciri-ciri orang beriman, semua urusannya baik: Jika mendapat nikmat, ia bersyukur. Jika ditimpa musibah, ia bersabar.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tenang hidup mukmin kerana yakin beriman, Allah hidup dan tidak mati. Selamanya.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 22/12/2021

- Advertisement -