Cuaca cerah, jumlah mangsa banjir lebih 3,000

Foto hiasan.
- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Biarpun cuaca di Kota Bharu panas hari ini, namun mangsa banjir di Kelantan masih mencatat seramai 3014 individu di lima jajahan.

Mereka dipindahkan ke 44 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 11.30 pagi ini.

Ia melibatkan jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Pasir Mas dan Tanah Merah.

- Advertisement -

Menurut portal rasmi eBanjir Negeri Kelantan, jajahan Kuala Krai mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi di negeri itu iaitu seramai 1,329 orang.

Manakala Gua Musang jumlah mangsa banjir kedua tertinggi seramai 760 orang, diikuti Pasir Mas (740 orang) dan Jeli (93 orang) dan Tanah Merah (92).

Biarpun keadaan cuaca di kebanyakan tempat di Kelantan hari ini tiada hujan, namun penduduk berhampiran sungai di Kelantan utara diingatkan sentiasa berwaspada memandangkan aliran air dari hulu semakin meningkat. – HARAKAHDAILY 20/12/2021

- Advertisement -