Banjir: Tiga mayat ditemukan di Taman Sri Muda

- Advertisement -

SHAH ALAM: Tiga mayat, dipercayai korban banjir di Taman Sri Muda ditemukan awal pagi tadi.

- Advertisement -

Kesemua mayat lelaki itu ditemui orang awam dan bomba ketika kerja-kerja penyelamatan sedang dilakukan. Dua ditemukan pada 1 pagi manakala seorang pada 5 pagi.

Ketua Polis Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib yang mengesahkan penemuan mayat itu berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

- Advertisement -