6 kali remaja kayuh perahu punggah keluarga ke PPS

Foto hiasan.
- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

PASIR MAS:
Situasi banjir seakan sudah lali bagi seorang warga emas serta enam ahli keluarganya kerana sejak 20 tahun lalu berdepan situasi yang sama setiap kali musim tengkujuh.

Mek Yam Hamad, 80, yang menetap di Kampung Bendang Perol, Tok Deh bagaimanapun berkata, memandangkan penempatan mereka berada di kawasan yang mudah dinaiki air, persiapan dan langkah berjaga-jaga dibuat lebih awal.

- Advertisement -

Malah katanya, memandangkan banjir melanda setiap tahun, beliau antara yang terawal terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Sejak 20 tahun lalu, apabila tiba musim tengkujuh saya antara yang terawal berpindah memandang kediaman saya mudah dinaiki air, selain turut menjadi laluan air yang melimpah berpunca hujan lebat.

“Biar pun berdepan dengan banjir setiap tahun, apabila memasuki akhir tahun saya gelisah memikirkan banjir yang akan melanda,” katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang, di sini semalam.

Katanya, tahun ini sahaja sudah tiga kali berlaku banjir. Kali ketiga pada Jumaat lalu menyebabkan keluarganya terpaksa berpindah ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air.

Ibu tunggal kepada enam anak yang berusia 54 tahun hingga 45 tahun itu berkata, beliau bersama anak dan 20 cucu berpindah kira-kira jam 12 tengah malam pada Jumaat lalu dengan menaiki perahu yang dikemudi cucunya.

Muhammad Shahmi Abdul Majid, 17, membantu mengemudi perahu bagi memindahkan ahli keluarganya dengan berulang alik sebanyak enam kali pada jarak hampir 800 meter untuk sampai ke PPS. – HARAKAHDAILY 19/12/2021

- Advertisement -