Meremajakan belia satu keperluan

- Advertisement -

HANGAT diperkatakan dalam kalangan persatuan belia tentang Pelaksanaan Akta 668 yang ingin dikuatkuasakan pada 1 Januari 2022.
Riuh rendah bagai nak pecah seluruh isi perut pertubuhan belia di seluruh negara di buatnya.

- Advertisement -

Aku sempat berbicara dengan kawan-kawan aku yang merupakan Pengerusi Majlis Belia Daerah di beberapa daerah. Mereka mengatakan sebelum ini telah di beri masa 2 tahun untuk selesaikan isu ini.

Sebab ada kalangan mereka yang masih tak buat persidangan pemilihan lagi jadi tu mereka risau kalau AKTA 668 ini di guna pakai sebab mungkin masih nak berkuasa atau mencatur untuk memegang kuasa pada pandangan aku.

Namun apa yang lebih menyedihkan apabila Gerakan Belia 4B Malaysia dilihat menjadi “Batu Api” dalam isu yang hangat ini. Mereka seolah-olah dilihat ingin menjadi hero yang kononnya hendak memperjuangkan hak Belia.

Mengapa perkara ini tidak perkasakan oleh pertubuhan belia tatkala Menteri KBS adalah Dato’ Seri Rizal Merican. Kenapa tak minta pinda atau tangguh akta ini? Adakah kerana ada agenda politik semata-mata?

Namun, apabila Dato’ Seri Faizal Azumu aka Abang Peja jadi Menteri KBS dan melihat bahawa akta ini amat bagus dan yakin inilah masanya untuk memartabatkan lagi belia di dalam Negara, mereka pula terutamanya 4B yang bising.

Di mana kata ingin membawa anak muda maju kehadapan jika usaha meremajakan belia dan kepimpinan belia pun kita tak puas hati. Jadi jalannya sokong dan terus bantu gerakan belia.Jangan 4B jadikan ini sebagai hanya bahan isu Politik sebab menteri dari parti lain.

Nasihat saya kepada Gerakan Belia 4B sudah-sudah lah bermain politik dalam isu ini. Adakah kalian menafikan hak belia-belia di bawah 30tahun untuk memimpin? dan Adakah kalian merasakan UNDI 18 yang akan di laksanakan tiada impak?

Ini masa MEREMAJAKAN Belia Negara,
Pahit untuk diungkap tapi,
Manis untuk di rasai bersama,
Anak Muda bersama mengemudi Negara.

Penulis merupakan Ketua Penerangan Biro NGO dan Belia Armada Nasional, Megat Muhammad Faris. – HARAKAHDAILY 14/12/2021

- Advertisement -