Projek Wakaf Air RM49,000 beri manfaat 2,000 penduduk

- Advertisement -

Oleh EVA NATASHA SADALI

KUALA LUMPUR:
Penduduk di kawasan Kampung Senduk Ulu dan Kampung Senduk Tengah, Changkat Jering serta sekitarnya kini boleh memanfaatkan kolam tadahan air yang kini telah siap dibina sepenuhnya.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kolam tadahan air yang dinaik taraf di Perak itu merupakan projek Wakaf Air yang merupakan sumbangan daripada dana pewakaf sepenuhnya.

- Advertisement -

Katanya, kos pembinaan kolam bernilai RM49,000 itu bakal memberi manfaat kepada 341 buah rumah dengan anggaran seramai 2,000 orang penduduk.

“Terima kasih kepada para pewakaf, urusetia Wakaf Air Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan pihak kontraktor kerana berjaya menyiapkan projek ini pada waktu yang telah ditetapkan.

“Semoga penduduk boleh menikmati kemudahan ini dengan baik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam. – HARAKAHDAILY 9/12/2021

- Advertisement -